Rabu, 22 Julai 2020

Fatihah Fathonah Faqehah rai majlis naik taraf Makam Syarif Abu Bakar Shah


 Perletakan nisan Gabenor Ligor Yamtuan Sultan Syarif Abu Bakar Shah ibni Yamtuan ( Syarif ) Mahmud ( Gabenor Ligor) ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora) ibni Dato Monggol (Singgora)

Yamtuan Syarif  Abu Bakar Shah lari ke Kedah setelah Siam serang Ligor. Baginda juga merupakan Abang Iipar kepada Sultan kedah ke 19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii .

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah gugur Syahid dibunuh oleh Siam . Jasad baginda di makam di Tanah perkuburan Tualang Pokok Sena.

Selepas ini Insya ALLAH makam sejarah ini akan menjadi tarikan pelancong dan pengkaji sejarah.
Makam Raja Ligor keturunan ahlu baith asal dari arab hijrah ke Parsi kemudian ke Monggul India setelah itu ke Tanah Jawa seterusnya ke Singgora . Dari kesultanan Singgora berpecah pemerintahan ke Patthalung , Chaiya dan Ligor / Nakhon.

Cerita sejarah amat panjang , jika ingin tahu Insya ALLAH nanti ahli kerabat akan jelaskan lagi.

Al Fatihah
Buat Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.

Catatan hari ini:
Ahli kerabat dari kalangan jalur Tunku Long Putra , Koya Long , Koya Ngah , Koya Suib , Koya Nai Chau dan Koya Fai serta keluarga Tok Moris kumpul hari ini 16.7.2020  menyaksikan hari bersejarah perletakan batu nisan di makam asal Syarif Abu Bakar Shah di Tualang .
Ramai orang tua tua kerabat Syarif Abu Bakar turun petang hari ini. Alhamdulillah.

Penerangan :
Terdapat 2 makam Syarif Abu Bakar di Tualang.
1. Makam asal yang disimpan riwayat oleh ahli kerabat orang tua tua kebanyakan mereka hadir hari ini.
2. Makam replika untuk kaburi pihak musuh Thai.

Menarik:
Hujan hari ini Khamis 16.7.2020 tidak luntur semangat terutama ahli kerabat. Mereka tetap tidak mahu berganjak dan ingin nisan dipacak juga dalam suasana hujan , kata mereka hujan bawa berkat dan rahmat.

17.7.2020. Alhamdulillah sempurna peringkat permulaan naik taraf makam Syarif Abu Bakar Shah .


 18.7.2020
Rombongan Syeikh Abu Zaki Singapura ziarah makam Syarif Abu Bakar Shah










 21.7.2020
Ustaz Mohd Fadli Ghani bagi penerangan sejarah asal usul Dato' Monggol keturunan Syarif Abu Bakar Shah